Followers

Thursday, September 10, 2015

Sidang Media Pelancaran saluran 550 HYPPTV / DREAMWORKS

Pelanggan HyppTV kini boleh menikmati DreamWorks di HyppTV Saluran 550

Telekom Malaysia Berhad (TM), menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah -HyppTV, dan DreamWorks Animation SKG, Inc. (Nasdaq:DWA) bersama-sama HBO Asia, hari ini secara rasminya melancarkan saluranDreamWorks, saluran kanak-kanak dan seisi keluarga terbaharu di Malaysia. DreamWorks boleh dinikmati di HyppTV Saluran 550, dengan tontonan secara PERCUMA untuk dua (2) bulan bermula 10 September 2015.

Susulan kejayaan pelancaran saluran ini di Thailand pada bulan lalu, Malaysia menjadi negara kedua di Asia yang menerima saluran ini, yang ditawarkan oleh DreamWorks dan HBO merentasi rantau ini.

Saluran baharu ini telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM bersama Eric Ellenbogen, Ketua Bersama,International TV & DreamWorks Classics serta Jonathan Spink, Ketua Pegawai Eksekutif, HBO Asia dalam satu majlis eksklusif yang diadakan di Menara Kuala Lumpur (MKL). Majlis tersebut turut dihadiri oleh selebriti tempatanseperti Hunny Madu, Afzan Rahman dan si comel, Arissa Afrina.

Bagi memeriahkan lagi acara, HyppTV turut menganjurkan aktiviti-aktiviti ceria untuk menarik peminat-peminat cilik dengan penampilan karakter-karakter dari DreamWorks iaitu King Julien dan Puss in Boots.

Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Jeremy berkata, “Kami amat teruja membawakan DreamWorks kepada para pelanggan kami; saluran terbaharu dan belum pernah ditayangkan di Malaysia, kini boleh ditonton di HyppTV Saluran550. DreamWorks menawarkan siri animasi bertaraf antarabangsa yang segarbuat para pelanggan HyppTV yang bukan sahaja boleh dinikmati oleh golongan kanak-kanak malah turut menjadi hiburan untuk seisi keluarga, justeru memberikan pelanggan kami pengalaman tontonan sekeluarga yang dipertingkatkan. Di HyppTV, kami akan terus membawakan kepada para penonton di Malaysia dengan kandungan-kandungan menarik, unik dan bertaraf antarabangsa bagi memenuhi kehendak para pelanggan kami.”

“Dengan pengalaman tontonan yang menyeronokkan dan menepati janji kami “Hidup Lebih Mudah” buat para pelanggan kami yang dihargai, DreamWorks boleh dilanggan secara ala-carte pada harga RM9 sebulan dan juga merupakan sebahagian daripada HyppTV Jumbo Pack yang menawarkan kandungan hiburan dan sukan yang menarik pada harga RM60 sebulan tanpa bayaran tambahan untuk Definisi Tinggi (HD),” tambah beliau.Sementara itu, Eric berkata: “Kami amat gembira untuk bekerjasama dengan TM dan HyppTV bagi membawakan siri-siri televisyen terkenal kami untuk seisi keluarga di seluruh Malaysia. DreamWorks menghimpunkan animasi dan cerita-cerita hebat dan kami amat berbesar hati untuk membawakan kandungan ini dalam satu saluran dan merentasi setiap platform yang ada. Saluran ini menampilkan karakter-karakter terkenal kami dan boleh dinikmati oleh golongan kanak-kanak dan ahli keluarga mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.”

“Sebagai pengedar eksklusif bagi saluran DreamWorks di Asia, kami amat gembira kerana dapat membawakan saluran ini dengan cerita-cerita menarik serta karakter-karakter kesayangan ramai untuk para penonton HyppTV di Malaysia,” kata Jonathan Spink.

“Pengumuman hari ini diadakan tidak lama selepas kejayaan pelancaran sulung saluran DreamWorks di Asia menerusi CTH di Thailand bulan lalu. ”DreamWorks akan menayangkan siri-siri terkenal termasuklah siri yang pernah memenangi anugerah Emmy iaitu All Hail King Julien, yang dibintangi oleh karakter yang gemar berparti, King Julien dari filem Madagascar dan TheAdventures of Puss in Boots yang menampilkan seekor pahlawan kucing bersenjatakan pedang dalam pencarian harta karun, terkenal menerusi francais filem Shrek. Dragons: Race to the Edge yang diinspirasikan darifilem How to Train Your Dragon dan siri-siri lain pula dijangka akan dimuatkan pada awal tahun 2016. Selain itu, terdapat juga karakter-karakter terkenal lain yang pernah memenangi anugerah seperti Casper the Friendly Ghost dalam siri menariknya, Casper’s Scare School dan siri original Dinotrux, siri pengembaraan prasejarah penuh aksi berdasarkan siri bukukanak-kanak yang pernah memenangi anugerah. Saluran ini akan turut menayangkan blok-blok prasekolah harian,DreamWorks Junior, yang menampilkan penerbitan semula, siri-siri kegemaran seperti Raa Raa The Noisy Lion dan Guess with Jess.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

No comments:

Related Posts with Thumbnails