Followers

Thursday, August 20, 2015

Ulasan filem: MISI RAYYAN & DANISH : JANGAN AMBIL RUMAH KAMI

1. Bila tengok tajuk filemnya, memang saya kata, "nama nak Danish, Rayyan... kenapa tak Leman, So'od?". Tapi mengenangkan ia filem kanak-kanak, ianya baik juga daripada cerita hantu atau cintan cintun yang lemau. Kita jarang ada filem kanak-kanak, dibuat untuk kita merasa seperti kanak-kanak semula dan melayan bersama anak-anak. Filem ni ada gabungan premis Lemony Snicket's Series of Unfortunate Events dan Home Alone, tapi lebih berat pada Unfortunate Events jadi pada yang judge filem ni macam filem home invasion seperti The Purge atau A Clockwork Orange, mereka akan merasa hampa. Ini bukan filemnya.

2. Saya juga lebih concern yang Mangkin Prestij, sister company kepada MIG boleh buat filem bergenre begini sedang penerbit lain tak buat. Jadi hal nama Rayyan dan Danish tu jatuh nombor 10 lepas saya tengok filemnya sebab ia dah tak beri kesan sangat.

3. Actually, saya lebih suka kalau tajuknya dipendekkan jadi Jangan Ambil Rumah Kami je.

4. Dan ending dia.... this is very unusual for a local film. 360 darjah punya pusing banding dengan Series of Unfortunate Events mahupun Home Alone.

5. Ending juga macam indicate "mungkin akan ada sekuel".

6. Berbanding Unfortunate Events, dunia Misi Rayyan & Danish lebih dekat dengan realiti. Ianya seperti anda melihat ke luar tingkap dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku di kawasan kejiranan anda seperti jiran di alamat banglo lot 25, dan di sana tinggallah Rayyan dan Danish. Tetapi ia mula jadi unreal dengan watak Intan Ladyana sebagai penjaga Rayyan dan Danish yang dijelmakan macam mak tiri dalam dunia Disney lengkap dengan busana ala evil queen yang dipakai setiap masa di rumah sampai ke waktu tidur pun. Adegan pengebumian semua berpakaian serba hitam sampai ke pak imam pun pakai hitam (ini di kawasan perkuburan Islam) dan saya tak tahu pula di tanah Melayu ini kita dah mula aplikasikan dress code begitu. Yang sebenarnya, pengarahnya Mohd Azaromi Ghozali mahu menyampaikan dogengan di dunia moden tapi itulah, bila kita berpijak pada realiti sebab dunianya dekat dengan realiti, kita akan mempersoalkan logiknya. 

7. Dari sudut teknikal, saya  ada masalah dengan sound editting Mangkin Prestij (barangkali dipinjamkan dari MIG yang lepas bertahun-tahun buat filem pun masih ada masalah teknikal). Suara narator keluar tiba-tiba dengan mix suaranya terkebelakang dan muzik latarnya lebih kuat. Macam ada orang yang menyampuk di sebelah anda dan anda dengar tak dengar.

8. Poster filem dia.... aku rasa designer dia ni Adobe CS6 pun dia tak tau.

9. Bintang filem ni ialah dua orang pelakon kanak-kanaknya, Muntaza Ghani dan Firdaus Ghufran. Nama mereka patut di'highlight'kan berbanding pelakon dewasa. Mia Sara boleh masuk longkang (sebab dia pun asyik dapat watak tempelan je).

10. Memang best kalau dapat paut pinggang Sharisa Haris macam budak tu....

SINOPSIS : “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami“ berkisahkan tentang dua orang adik-beradik yang telah kehilangan ibu bapa mereka selepas kemalangan udara. Namun mereka ditinggalkan dengan sejumlah harta dan sebuah rumah yang besar tersergam indah.AMANDA, peguam peribadi dan satu-satunya kenalan rapat keluarga tersebut mencari pewaris yang boleh menjaga Rayyan dan Danish sehingga usia mereka 18 tahun. Secara tiba-tiba muncul KATRINA, HAKIM dan DANIAL yang mengaku mereka adalah pewaris terdekat kepada arwah SYED AL MAHFUZ dan SHARIFAH FARIZA. Tujuan utama mereka bertiga adalah untuk mengaut semua harta peninggalan yang ada dan rahsia mereka diketahui oleh Rayyan dan Danish yang mula merancang untuk mempertahankan warisan peninggalan ibu bapa mereka.

Trailer:

Penerbit: Mangkin Prestij
Pengedar : METROWEALTH SDN BHD
Pelakon: Muntaza Ghani, Firdaus Ghufran, Intan Ladyana, Azwan Kombos, Sharisa Haris, Hanif Safuan.
Pengarah dan lakonlayar: Mohd Azaromi Ghozali
Durasi: 1 jam 18 minit
Tarikh tayang: 20 Ogos 2015

No comments:

Related Posts with Thumbnails