Followers

Wednesday, June 10, 2015

Ulasan filem: MAN SEWEL DATANG KL (2012)

Filem ni memang standard direct-to-tv punya kualiti, kampung punya lawak, guilty pleasure yang saya layan juga kalau dah terlebih masa terluang bersama anak saudara di waktu petang di Hari Raya keenam. Tapi saya kena pastikan otak saya keep intact selesai menontonnya. Bermakna saya tak ambil filem ini secara serius. Tapi saya tengok dengan tekun dan serius sekali. Gandingan Rosnah Mat Aris dan Shuib Sepah di dalam satu rangka memang totally bodoh dan huru hara sampai saya tak boleh nak kata benda yang bijak-bijak. And I'm glad that I watched this bodoh movie so that saya boleh menilai keupayaan sebenar Shuib apabila diberi watak yang lebih serius, seperti filem Amir dan Loqman Pergi ke Laut.

Dan, ada scene kumpulan May di kelab yang tiba-tiba je. Engkau patut tulis itu ialah salah satu moment yang paling metal dalam filem Melayu. I mean, apakebende yang mereka buat dalam filem ni?

SINOPSIS : Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model. Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu. Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu. Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada denganSalim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.

Tarikh Tayangan : 31Mei 2012
Pengarah dan skrip : Abdul Rahman Adam
Penerbit Eksekutif : Dato’ Ismail Abdur Rahman & Hamizi Mat Juah @ Mat B.K.T
Penerbit : Rafiecca Md Radzi & Dzulhailee L’ Akhbar
Terbitan : Work Move Productiion Sdn. Bhd
Pelakon : Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam& Chef Yang Jamil
Penampilan Khas : May
Klasifikasi : U
Durasi : 1 jam 43 minit
Promosi & Pengiklanan : Alternate Pictures Sdn. Bhd
Edaran : Skop Productions Sdn. Bhd
Fan page : http://www.facebook.com/pages/Man-Sewel-Datang-KL/108821092533407

No comments:

Related Posts with Thumbnails