Followers

Friday, June 12, 2015

#BukaPuasaFishNCo : Ramadhan Buffet Preview with Dato' Fazley Yaakob at Fish & Co Pavilion Kuala Lumpur


Sebelum kedatangan bulan Ramadan, bulan lepas selepas saya menonton preview filem Mad Max pada pagi 12 Mei 2015, terus saya bergegas ke restoran Fish & Co di Pavilion, Kuala Lumpur pada petangnya di mana Ramadhan ini akan membawa seleksi hidangan dessert dari Dato' Fazley Yaakob sebagai sebahagian dari promo Fish & Co's Ramadhan Buffet.




Find me!

Promo yang dilancarkan pada petang itu ialah #BukaPuasaFishNCo Ramadhan Buffet Dinner untuk outlet Pavilion Kuala Lumpur di mana dessert Suka Sucre Dato Fazley Yaakob merupakan sebahagian dari hidangan buffet ini. Turut dilancarkan ialah Ramadhan Set untuk semua outlet Fish & Co.



Majlis pelancaran buat wakil media pada petang itu juga turut diselangi dengan persembahan dari Dato' Fazley Yaakob membawakan lagu-lagu hit Raya.

Lagu-lagu Raya dendangan Dato' Fazley Yaakob akan dilancarkan secara digital melalui syarikat rakaman Indigital yang menampilkam lagu-lagu seperti:
1. Dendang Anak Merantau
2. Seribu Kemaafan
3. Dendang Perantau
4. Ku Mohon Maaf Sayang (lagu baru)
Album ini boleh di dapati secara muat turun dan streaming di portal-portal muat turun muzik popular.







Pengarah Pemasaran Fish & Co., Charmaine Tan bersama Dato' Fazley Yaakob dari Suka Sucre melancarkan set Ramadhan, diikuti Dato' Fazley menerima token penghargaan yang berupa VIP Privilage Card eksklusif dari Fish & Co.



Pengarah Pemasaran Fish & Co., Charmaine Tan.



Tu semua tak penting. Yang penting, aku yang nak makan. Ini namanya makan dalam kipas lipas a.k.a kipas bini. Salam Ramadan buat semua.

No comments:

Related Posts with Thumbnails