Followers

Sunday, June 15, 2014

Ulasan terawal telemovie 'SALOMA' (arahan Melissa Saila) dari U-Wei Bin Haji Saari

Dipetik dari profil Facebook U-Wei:
Sebuah supertele movie bertajuk 'Saloma' berdasarkan hidup beliau di terajui oleh tim suami isteri Melissa Saila dan Megat Fauzi Md Isa telah siap. Lis mengarah, Megat menulis dan menerbit. Kus Semangat syabas dan tahniah dengan hasil membanggakan. Ini pertama kali eksklusif kisah Saloma dibuat untuk kaca tivi. Memang patut dulu pun dan memang patut Lis buat pun. Saya berpeluang menonton 2 episod (disatukan). Salut saya kepada lis dan megat dan semua terlibat. Pemain watak Tompel akan mencuri guruh sikit.

Dan juga utk mengingati beliau tiba masanya Pos Malaysia mengada sampul surat hari pertama biduanita agung Saloma selepas P Ramlee pada 24 august 1999 dulu.

Nota tambahan dari Saniboey Mohd Ismail (bekas wartawan Harian Metro dan editor Sentiasa Manja, kini di Astro): "Bukan kerana ini akan disiarkan di Astro. Bukan kerana aku terbabit dalam pembikinan Saloma ini, tetapi ini adalah sebuah karya yang aku rasa wajib ditonton oleh kita semua kerana ia adalah tentang Biduan Negara, Saloma kerana selama ini kita asyik melayan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sahaja. Ini adalah kali pertama, bak kata U-Wei Bin HajiSaari bahawa sebuah karya yang berkaitan Saloma ditayangkan. Sekalung ucapan tahniah aku ucapkan kepada Melissa Saila selaku Pengarah manakala suaminya, Megat Fauzi Isa selaku Penulis Skripnya. Seingat aku, Lis melontarkan idea untuk menghasilkan Saloma pada tiga tahun lalu tetapi baru hari ini ia selesai. Barangkali memang benar, mereka yang sabar akan selalu menang di penghujung harinya. Tahniah sekali lagi. Terima kasih tidak terhingga juga kepada U-Wei kerana wisdomnya!"

Komen blogger Sultan Muzaffar pula: "Bagus. Kalau 4 episod 1 jam satu lagi padat dan dapat cliffhanger yang baik. Scene yg cut to song in 1981 tu sangat brilliant."

Khas buat anda, trailer promo SALOMA: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10152556815821514&id=700841513

Nota: Telemovie biopik dua episod Saloma akan ditayangkan di Astro First Eksklusif mulai 21 Ogos 2014. Ianya sebuah produksi Kus Semangat Aktor dengan didepani oleh pelakon Nabila Huda sebagai Saloma dan Tony Eusoff sebagai P. Ramlee selain dibantu oleh Sazzy Falak, Hasnul Rahmat, Julia Ziegler, Sharifah Amani dan ramai lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails