Followers

Tuesday, January 07, 2014

MENCARI MAKNA SURVIVAL DI TENGAH LAUTAN : Ulasan filem CAPTAIN PHILLIPS

Kalau saya boleh ingat dengan jelas, ada lah dua kali air mata saya nak menitik jatuh semasa pra-tayang Captain Phillips rabu lepas, tapi cepat-cepat saya kesat mata, buat-buat macam habuk masuk dan harapnya jurnalis filem mat saleh selang satu kerusi di sebelah kanan saya tak perasan.

Damn kau, Forrest Gump!

Di akhir cerita bagaimanapun saya tertanya-tanya juga jika tajuk filem ini tepat atau tidak sebab kita diperkenalkan dengan 2 kapten yg lebih kerap iaitu Captain Phillips sendiri dan ketua lanun Somali, Muse 'i am the captain now'. Jack Sparrow boleh blah jauh-jauh. Mungkin filem ni boleh jadi ' 2 Captains' tajuknya. Dan saya sebut sekali lagi Jack Sparrow perlu dibuang jauh-jauh. Sebab kapten Forrest Gump jauh sangat dari sudut militari dan tugas dia hanya mengambil dan menghantar barang ke destinasi sedang 'kapten lanun' Muse ini pula pemuda Somali yg latar penduduk asalnya hanyalah berkerja sebagai nelayan. Kena faham sedikit sejarah Somalia dan apa yg membuatkan aktiviti lanun berleluasa. Ia mungkin takkan berlaku jika tiada perang saudara di Somalia yg kalau tak silap saya masih berlaku hari ini. Bila negara agak huru hara, maka bekas askar dan nelayanlah yg terpaksa mengawal kawasan perairan negara mereka sendiri. Bila kapal kapten Phillips menyeberangi laluan laut antarabangsa yg amat hampir dengan perairan Somali, lanun-lanun ini bertindak menawan kapal mereka dan menuntut wang tebusan sebanyak USD$10 juta selepas kapal dagang yg dikemudi oleh kapten Phillips dan anak kapalnya seramai 20 orang yg membawa kontena-kontena makanan cuma membawa tunai sebanyak USD$30 ribu, hanya cukup untuk bayar cukai jalan laut je. "Saya ni nampak macam peminta sedekah ke pada kamu?" reaksi Muse pada tawaran 30 ribu oleh Phillips dan anda lihat kembali visual ini, samada anda mahu gelak atau tidak. Nyawa Phillips jadi taruhan kerana 10 juta tetapi anda boleh fikir sendiri. Kalau dah ada campur tangan tentera laut Amerika yg mahu jadi wira dunia, maka lanun-lanun ini memang silap cari mangsa, tapi ini bukan filem aksi askar SWAT versi laut lawan lanun. Phillips mahukan ianya berakhir dengan aman tanpa pertumpahan darah di mana dia dapat kembali kepada keluarga dan lanun-lanun Somali ini dapat apa yg mereka mahukan tapi Amerika takkan lepaskan mereka begitu saja.

Captain Phillips sebagai filem mungkin boleh jadi prequel kepada Zero Dark Thirty jika ia mahu menunjukkan bagaimana operasi tentera SEAL dalam menundukkan musuh mereka tetapi tidak begitu kerana elemen kemanusiaan yg ditunjukkan oleh Tom Hanks sebagai Richard Phillips yg hanyalah 'ordinary Joe' dalam kehidupan seharian, di mana sejak awal filem lagi dia mahu menjadi contoh survival buat anak-anaknya supaya mereka dapat pekerjaan yg baik di kemudian hari yg dilihatnya semakin mencabar berbanding zamannya dulu. Bila dia cuba mahu menunjukkan contoh yg sama kepada Muse supaya Muse dan rakan-rakan dapat membuat kerja yg lebih baik daripada melanun, yg cuma dapat dijawab oleh Muse ialah "Maybe in America... " yg buat saya nak quote ayat si ayah dalam keluarga Perron dalam The Conjuring, "what choices did I have?" bila mereka terpaksa membeli rumah yg berhantu sebab rumah semua mahal-mahal. Kesan itu lebih terasa bagi masyarakat kita sebenarnya dengan kos sara hidup yang makin meninggi.

Survival di Amerika berbeza dengan survival di Somalia. Jika Richard Phillips berada di tempat Muse, entah apa yg bakal dilakukannya untuk kehidupan yg lebih baik sedang di awal cerita dia mahukan anak-anaknya dapat kerja dan jawatan yg bagus-bagus melihatkan saingan yg hebat di alam pekerjaan.

Yup, ini filem tentang makna survival yg agak emosional isinya. Tengoklah sendiri sampai ke penghujungnya. Jika anda tersentak emosi macam saya, tanya semula apa yg membuatkan emosi anda tersentak?

Arahan: Paul Greengrass. Lakonan Tom Hanks, Barkhad Abdi, Barkhad Abdirahman, Catherine Keener. [SONY PICTURES MALAYSIA]

No comments:

Related Posts with Thumbnails