Followers

Wednesday, July 04, 2007

KTKTK : Bargain that wasn't there



{Previously in Friendster Re: TEMPAT SHOPPING KAT KTKTK Mon, 04/30/07 12:43 AM }

Aku cerita benda yang aku ingat dulu2 la, perihal shopping kat terengganu,... hok aku cerita ni mungkin dop relevan doh sekarang, sebab buleh kata aku 2 tahun doh dop duduk terengganu.

tempat cari bahan bacaan :
Pustaka Seri Intan. dulu selalu beli Alternative Press, Rolling Stone kat sini + Surface sekali, Revolver sekali, tapi stop sebab mahal sangat ,... when u can have it in KL cheaper. dulu aku buleh belanja kat sini sebulan approximately lebih dari RM100. the worst thing it affect my salary,... tolak itu ini, i'll never be a proud parent. so, ada masa aku datang sini window shopping je,.... sampai la yang jaga kedai sound aku cakap, aku tak pernah beli. tapi datang nak baca je, bos dia marah... ok, that's it! this is the end! to think again, masih banyak benda yang kurang kat kedai PSI. even sebuah kedai MPH yang simple di KL, can have many thing. kat sini pun takder IdN, comic siri Vertigo jauh sekali (sampai aku mimpi ada kedai comic vintage kat basement di tapak panggung Cathay lama,... sebab rindu sangat nak shopping kat Mind Shop, KL Plaza dulu2...). more power to internet library, I guess,.... and your own bedroom. {year active, 2000 - 2005}

Kampung Cina : Sini best kalau nak cari magazine imported HK je, atau comic,... macam Milk, satu art magazine HK yang tebal tapi interesting,... it's a great bargain at the time,... until currency ruined. sini pun tempat yang best untuk buat photography, Nasir selalu pegi. {year active, 2003 - 2005}

Record store :
Kanna Music Shop:
Kedai ni cuma best ketika era alternative nation je, from 1995 till end of the last century. probably to the fact mp3 takeover. Plus kedai ni tak banyak title yang menarik, takder banyak bargain,.... tapi member aku pernah la beli kaset Bjork kat sini , sebab orang tak beli pun, dated 1997, dapat la RM10. ada gak kaset Yeah Yeah Yeahs murah... dulu aku cari koleksi NIN aku kat sini , dalam bentuk kaset. satu lagi kedai kaset depan Kanna , has this nice collection, even better,... kalau korang order dari diorang. but I guess , these year has put these stores to an end, to the fact that kedai2 ni hidup sebab koleksi VCD/DVD yang extensive je. but not for music. {year active 1996-2001}

clothing:
bundle pantai Batu Buruk :
kawan saya jumpa t-shirt vintage Akira for 5 bucks,... that was 2002. Saya dah lama tak pegi sini. kalau vintage clothing skang ni, saya pesan secara personal dari kwn terdekat, i they have some great NIN tees,... Heavy Metal comic mag tees,... at the moment I'm looking for Mastodon tees, which I think,... takder kat Terengganu. {year active 2000-2003}

Bandar Kuala Terengganu, quite dead sejak penutupan 2 panggung wayang, Rex dan Cathay, that actually has nothing to do with politics,.. that was a decade ago. masa saya kat Terengganu, sumber saya selalunya kawan2 yang balik ke Terengganu, ataupun package yang posmen hantar. Joe Kidd dalam radio show Alternation di TraxxFM khamis lepas pun ada beritahu, exposure dia untuk music sekitar lewat 70'an banyak dari page swap, dari kawan2 pena kat semenanjung. itu ketika era sebelum internet...so, i guess now, more power to internet.

No comments:

Related Posts with Thumbnails