Followers

Wednesday, July 04, 2007

Coffee Shop Dream




{originally posted on Kubang Parade's Journal, 2003}




On my way to my workplace, kat Jalan Pejabat, KT, I met my comic books friend, Rizal on his way to send a few copies of CDs to his friend.


Ahmad Nazri : "Hor! Kat sini."

Rizal : "Hari ni bukan ke cuti? " ( Oh! Yeah! Hari ni Nuzul Qur'an. Satu Terengganu cuti.)

Ahmad Nazri : "Aku bukan kerja pejabat kerajaan."


Rizal pandang satu kedai.

Rizal : "Kalau dapat satu kedai macam tu kan bagus? Cafe. Dan live band."

Ahmad Nazri : "Aku dah lama dah pikir. Belah kiri cafe. Belah kanan comic + art books store. Dan accoustic live band. Yang main tu kawan-kawan kita. It's about having fun in the workplace. You can read your books while having a cup of tea."


Aku tak tau berapa kali Rizal ulang pasal coffee shop dream ni kat orang lain. Kekadang dengan Munk cakap pasal nak bukak kedai komik. Rizal dah tua dah. Angoh lagi lah tua. Angoh skang ni kat rumah pasal sangkut paper. Dah pakai tongkat baru nak grad. Mimpi kedai kopi tu boleh jadi realiti tapi aku takut Rizal tutup kedai tu tak sampai sebulan beroperasi sebab it's not about the right place and the right time. 5 tahun lagi? 10 tahun? Aku dah jadi bapak yang berdedikasi pada anak-anaknya lepas retired dan frustrated jadi frontman band industrial grind paling 'leceh' kat KT.


Rizal : "At least kawan kat luar KT ada tempat untuk hang out."

Ahmad Nazri : "Kita biasa hang out kat mana, huh, kalau kat sini?" (Kedai Nasik Dagang Mahmud, selepas bulatan Ladang...)


Tak dapat jawab soalan tu. Tapi jurnal yang sebelum ni aku dah bagi description. It's sacrificing. "Aku call mung!", ayat aku yang last sebelum kami seperate. Dan aku tengok office tempat aku kerja yang masih belum dibuka even time ni, dah masuk masa kerja. Aku tunggu. Sampai la pukul 10. Damn! Confirm cuti. Tak bagitau aku!!

airplay : "Bloodloss Cosmopolitan" - Glassjaw.Thursday, 131 103.
{nota: Rizal a.k.a Bros ialah rakan yang saya mula kenali ketika selalu keluar bersama band saya di Kuala Terengganu sekitar 2002-2003. Selepas berada di studio, kami sambung sesi keluar kami di sebuah skatepark di tengah bandar di mana Osman a.k.a Munk, rakan si pemain bass beraksi dengan ritual Dogtown-nya bersama Nurie dan beberapa rakan sepermainan. Rizal dikenali sebagai penyimpan koleksi komik tradepaperback yang murah hati (sebenarnya, ia adalah koleksi abangnya, yang juga melukis...). Murah hati sebab selalu pinjamkan saya koleksinya, di daerah bosan Terengganu. Selepas era skatepark dan band, kami sambung dengan sesi minum petang di hari Jumaat, di sebuah kedai nasik dagang di mana seorang rakan bernama Mahmud, berkerja, di mana kami disertai Angah, Malik, Munk, Jang Dugang dan beberapa lagi rakan yang dikenali kerana aktiviti band kami. Azulaimi ketika mula mengenali Rizal, menyebut Rizal sebagai seorang yang berbeza berbanding rakan-rakan yang dikenali di Terengganu. Mungkin kerana dia tidak kelihatan pretentious. Mungkin kerana ketika kami mula menerima sesuatu muzik, kami tak kisah sangat apa yang marhaen lain dengar. Mungkin kerana kami tidak bertelingkah sangat dalam soal ini. Mungkin kerana kami suka berbincang perihal yang berbeza berbanding umat-umat di Terengganu (jika di KL, ia jadi perkara yang biasa dan tak cool lagi...). Kali terakhir yang saya tau, Rizal sudahpun mendirikan rumah tangga. Dia jadi residen tetap di Terengganu kerana kerjanya yang menunutnya tinggal di ibu negeri. Jarang juga dia dilihat bersama kami minum petang di hari Jumaat, dan rakaman ceramah agama mula menjadi rakan berbanding rekod rock yang kami kongsi dahulu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails